SEMUA calon Perikatan Nasional (PN) di tiga negeri yang dikuasai PAS akan bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan lambang bulan, kata presiden parti Islam itu Abdul Hadi Awang.
“Kita pakai simbol bulan (di) negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah. Negeri lain kita serah nak pakai simbol apa,” katanya ketika menyampaikan kuliah dhuha di Pantai Kelulut, Marang, pagi ini.
PAS berulang kali menegaskan pendirian tersebut sebelum ini kerana bimbang lambang PN yang kurang dikenali akan mengelirukan penyokongnya di tiga negeri tersebut. – 14 Oktober, 2022.
MENYUSUL
Komen