NEGARA merekodkan 2,090 kes baharu Covid-19 semalam berbanding 1,628 kes sehari sebelumnya, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,861,226 jangkitan sejak pandemik melanda, menurut laman web CovidNow.
Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 638 kes, diikuti Kuala Lumpur (482) dan Perak 162.
Selain itu, Sabah melaporkan 124 kes baharu, Negeri Sembilan (58), Johor (54), Sarawak (67), Melaka (68), Pulau Pinang (105), Putrajaya (35), Kedah (79), Pahang (40), Terengganu (25), Kelantan (45) dan Perlis (6) serta Labuan (2).

KKM juga melaporkan tiga kematian Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 36,410.
Dua kematian dilaporkan di Johor manakala satu kematian dicatatkan di Kedah.
Jumlah pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) seramai 33 orang, di mana 16 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 14 Oktober, 2022.
Komen