Beri perhatian kesihatan mata, cegah buta, kata Dr Noor Hisham


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata prevalen atau kelaziman kebutaan dalam populasi negara adalah 1.2% dan berdasarkan Banci Mata Kebangsaan 2014. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Oktober, 2022.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menggesa masyarakat agar memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan mata dan pencegahan kebutaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata prevalen atau kelaziman kebutaan dalam populasi negara adalah 1.2% dan berdasarkan Banci Mata Kebangsaan 2014 antara punca utama kebutaan di Malaysia adalah katarak iaitu sebanyak 58.6%, diabetik retinopati (10.4%) dan glaukoma sejumlah 6.6%.

Katanya penyebab utama penglihatan terhad adalah katarak dan rabun yang tidak dirawat.

“Bagaimanapun hampir 80% penyebab utama kebutaan boleh dirawat dan dicegah,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Penglihatan Sedunia 2022 hari ini bertemakan ‘Sayangi Mata Anda’.

Hari Penglihatan Sedunia disambut bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan deria penglihatan, kesihatan mata dan masalah kebutaan.

“Sayangilah mata anda dengan mengambil langkah pencegahan untuk melindungi dan mengekalkan penglihatan yang baik dengan melakukan pemeriksaan mata secara berkala,” kata Dr Noor Hisham. – Bernama, 13 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen