NEGARA merekodkan 1,291 kes baharu Covid-19 semalam, meningkat sedikit berbanding 1,241 jangkitan yang dilaporkan sehari sebelumnya, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sejak pandemik melanda kepada 4,857,508.
Tiga kematian turut dilaporkan semalam – dua di Perak dan satu di Johor – menjadikan jumlah kematian akibat Covid di Malaysia kini sebanyak 36,406.
Selangor mencatatkan jumlah kes terbanyak dengan 429 jangkitan, diikuti Kuala Lumpur (318) dan Sabah (94).
Perak melaporkan 85 kes, Kedah (62), Pulau Pinang (53), Kelantan (49), Sarawak (49), Negeri Sembilan (42), Johor (40), Melaka (36), Pahang (18) dan Terengganu (13).
Perlis, Labuan dan Putrajaya masing-masing melaporkan satu kes baharu.
Jumlah kes aktif menurun kepada 21,863 semalam selepas 1,592 orang pulih daripada virus tersebut.
Terdapat 20,897 orang kini kuarantin di rumah (95.6%) dan 920 lagi di hospital (4.4%).
Dalam pada itu, 46 pesakit di unit rawatan rapi, di mana 22 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 12 Oktober, 2022.
Komen