SEBANYAK 1,453 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, turun sedikit berbanding 1,627 yang dicatat kelmarin, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Jumlah jangkitan Covid-19 setakat ini mencecah 4,854,976 kes, menurut data KKM di laman web CovidNow.
Selangor catat angka harian tertinggi dengan 611 kes, diikuti Kuala Lumpur (258) dan Sabah (111).

Tiada kes dilaporkan di Labuan semalam.
Semalam juga dua kematian akibat Covid-19 direkodkan, menjadikan serakat ini 36,400 kes direkodkan sejak negara dilanda pandemik pada Mac 2020.
Sementara itu seramai 967 individu positif Covid-19 dirawat di hospital. Daripada jumlah itu, 37 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi, dengan 22 orang memerlukan alat bantuan pernafasan. – 10 Oktober, 2022.
Komen