Persidangan sayap Umno medan terbaik kuatkan parti, kata Ismail Sabri


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara merupakan perjuangan utama Umno. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Oktober, 2022.

PERWAKILAN Wanita, Pemuda dan Puteri Umno yang bersidang selama tiga hari bermula hari ini diingatkan supaya menjadikan persidangan itu sebagai medan untuk memperkuatkan lagi parti.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara merupakan perjuangan utama Umno.

Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno berkata parti itu adalah harapan bangsa yang sentiasa menabur khidmat dan bakti kepada seluruh Keluarga Malaysia.

“Selamat bersidang kepada semua perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di seluruh negara. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati perjuangan dan usaha kita semua,” kata Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook rasmi beliau hari ini.  – Bernama, 8 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen