KKM lapor 1,794 kes baharu Covid-19, 4 kematian


Ravin Palanisamy

Seramai 948 individu positif Covid-19 dirawat di hospital.– Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Oktober, 2022.

SEBANYAK 1,794 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, berbanding 1,722 yang dicatat kelmarin, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah jangkitan Covid-19 setakat ini mencecah 4,850,108 kes, menurut data KKM di laman web CovidNow.

Selangor catat angka harian tertinggi dengan 528 kes, diikuti Kuala Lumpur (430) dan Putrajaya (32).

Manakala 162 kes Perak, Sabah (132), Negeri Sembilan (85), Pulau Pinang (85), Kedah (76), Melaka (58), Sarawak (57), Johor (45), Kelantan (38), Pahang (32), Terengganu (25), Perlis (8) and Labuan (1). 

Semalam juga sebanyak empat kematian akibat Covid-19 direkodkan, iaitu tiga di Selangor manakala satu lagi di Pahang. 

Data KKM menunjukkan sebanyak 36,391 kematian direkodkan sejak negara dilanda pandemik pada Mac 2020.

Sementara itu seramai 948 individu positif Covid-19 dirawat di hospital. Daripada jumlah itu, 36 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi, dengan 24 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.  – 7 Oktober, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen