Didakwa terima RM100 juta dari Robert Kuok, Lim buat laporan terhadap blog


Low Han Shaun

Lim sifatkan serangan terhadap Robert Kuok "berniat jahat, tidak berasas serta tidak bertamadun". – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 1 Mac, 2018.

VETERAN DAP Lim Kit Siang hari ini melaporkan sebuah blog kepada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) berhubung dakwaan Roberk Kuok mendanai DAP.

Lim berkata posting pada 25 Febuari oleh The Third Force itu mendakwa beliau menipu apabila menafikan dibayar oleh taikun Malaysia Robert Kuok.

“Ini adalah serangan berniat jahat, tidak berasas serta tidak bertamadun terhadap taikun Robert Kuok. Ini adalah salah satu contoh berita palsu,” katanya pada sidang media di MCMC hari ini selepas menyerahkan laporannya itu.

Lim berkata posting itu mendakwa bahawa beliau ada menerima dana daripada Kuok, yang keseluruhan berjumlah RM100 juta untuk tempoh empat tahun.

Ia juga katanya mendakwa Kuok sebagai evangalis radikal yang mahu mewujudkan kekacauan antara kaum Cina dan orang Islam malah turut menuduh beliau sebagai anti-Muslim kerana kononnya mahu mewujudkan kerajaan Cina di Malaysia.

“Ini sebab kenapa saya membuat laporan kepada MCMC supaya mereka dapat menyiasat perkara ini mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen