KKM lapor 1,483 kes baharu Covid-19, 5 kematian


Jumlah jangkitan Covid-19 setakat ini mencecah 4,846,592 kes sejak negara dilanda pandemik pada Mac 2020. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Oktober, 2022.

SEBANYAK 1,483 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, berbanding 1,244 yang dicatat kelmarin, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah jangkitan Covid-19 setakat ini mencecah 4,846,592 kes, menurut data KKM di laman web CovidNow.

Selangor catat angka harian tertinggi dengan 375 kes, diikuti Kuala Lumpur (338) dan Perak (128).

Manakala 118 kes di Sabah, Sarawak (91), Kedah (73), Melaka (73), Pulau Pinang (69), Negeri Sembilan (51), Kelantan (46), Johor (37), Pahang (35), Putrajaya (23), Terengganu (18), Perlis (5) dan Labuan (3).

Semalam juga sebanyak lima kematian akibat Covid-19 dicatat; dengan empat kes Selangor dan satu kes di Sabah.

Data KKM menunjukkan sebanyak 36,385 kematian direkodkan sejak negara dilanda pandemik pada Mac 2020.

Sementara itu seramai 42 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi, dengan 23 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. – 5 Oktober, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen