KKM lapor 1,244 kes baharu Covid-19, 5 kematian


Seramai 46 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi, dengan 25 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan, menurut KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Oktober, 2022.

SEBANYAK 1,244 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, berbanding 1,260 yang dilaporkan kelmarin, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah jangkitan Covid-19 setakat ini mencecah 4,845,109 kes, menurut data KKM di laman web CovidNow.

Selangor catat angka harian tertinggi dengan 455 kes, diikuti Kuala Lumpur (159) dan Sabah (110).

Semalam juga sebanyak lima kematian akibat Covid-19 dicatat; dengan dua kes di Perak, manakala Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.

Data KKM menunjukkan sebanyak 36,380 kematian direkodkan sejak negara dilanda pandemik pada Mac 2020.

Sementara itu seramai 46 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi, dengan 25 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan. – 4 Oktober, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen