Ekonomi lebih baik zaman Najib berbanding Dr Mahathir


Looi Sue-Chern

EKONOMI Malaysia tumbuh pada kadar lebih tinggi di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak berbanding pada zaman pendulunya, Dr Mahathir Mohamad, kata Ketua Penerangan Umno Annuar Musa.

Beliau berkata ketika Dr Mahathir perdana menteri, pertumbuhan ekonomi negara pada satu ketika dulu hanya “kurang 2% atau 3%”.

Dr Mahathir yang kini mengetuai pembangkang sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003. Beliau dianggap sebagai bapa pembangunan Malaysia. “Di bawah Najib, kita merekodkan pertumbuhan 5.9% KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dalam suku terakhir 2017. Itu fakta,” kata Annuar.

“Ketika zaman Dr Mahathir, penarafan kredit antarabangsa Malaysia berada pada B. Di bawah Najib, ia naik ke A tolak, iaitu antara yang terbaik di rantau ini.”

Annuar berkata demikian pada dialog “Perjuangan untuk semua” anjuran Umno di Pinang Tunggal, Kepala Batas, malam tadi, di mana beliau membandingkan Najib dan Dr Mahathir.

Beliau berkata pencapaian ringgit juga lebih baik di bawah Najib berbanding Dr Mahathir.

“Di bawah Dr Mahathir, ringgit menjunam, tetapi di bawah Najib, mata wang kita kukuh berbanding dolar AS. Sekarang semua orang senyap,” katanya.

Pada Januari tahun lalu, ringgit jatuh di kedudukan paling teruk dalam tempoh 19 tahun iaitu 4.4980 berbanding dolar AS. Tetapi pada 5 Januari tahun ini, ringgih mengukuh di paras tertinggi terhadap dolar sejak 2016, iaitu 3.998.

Ketika zaman Dr Mahathir, ringgit jatuh ketika krisis kewangan Asia dan kekal begitu berbanding dolar AS sehingga 2005. – 1 Mac, 2018.

Baca berita penuh di sini.

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • haritu ada krisis ekonomi pun disebabkan ekonomi global yang tak stabil. tapi kita masih lagi berada dalam keadaan yang kompetitif dan baik. kerajaan pasti akan lakukan sesuatu jika ekonomi negara tidak stabil, kerana ia akan memberikan kesan yang tak baik kepada rakyat. sekarang sudah ok bukan?

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan