MALAYSIA merekodkan 1,360 kes Covid-19 dan satu kematian, menurut laman web CovidNow, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 501 kes, diikuti Kuala Lumpur (269) dan Sabah (115).
Perak melaporkan 98 kes, Pulau Pinang (75), Negeri Sembilan (68), Sarawak (44), Melaka (39), Johor (28), Kedah (27), Kelantan (27), Pahang (26), Putrajaya (28) , Terengganu (12) dan Labuan (3).
Tiada kes dilaporkan di Perlis.
Pangkalan data GitHub menunjukkan bahawa satu kematian dilaporkan di Terengganu.
Pada masa ini terdapat 977 pesakit dirawat di hospital dengan 17 orang menerima rawatan di unit rawatan rapi, manakala 28 memerlukan alat bantuan pernafasan.– 3 Oktober, 2022.

Komen