11 maut dalam pergaduhan penternak dan petani di Chad


SERAMAI 11 terbunuh dalam pergaduhan antara penternak dan petani di tengah Chad, semalam, kata gabenor tempatan susulan insiden terbaru membabitkan keganasan antara penduduk separa nomad dan masyarakat setempat.

Di tengah dan selatan Chad, di mana ramai penduduk mempunyai senjata, pergaduhan sering berlaku apabila petani mendakwa penternak membenarkan haiwan peliharaan mereka makan di kawasan pertanian atau memijak tanaman.

“Petani menyerbu penternak ketika mereka melalui satu kawasan,” kata Gabenor Wilayah Guera Sougour Mahamat Galma, merujuk kepada laluan digunakan untuk memindahkan ternakan.

Dalam laporan awal, sembilan maut dalam insiden di Kouka Margni itu.

Ia meningkat kepada 11 mangsa. Kira-kira 12 kenderaan polis dikerah ke kawasan itu untuk mengawal ketegangan.

Pada September, 19 terbunuh dan 22 cedera dalam pergaduhan antara penternak dan petani di Marabe, sebuah kampung kecil di N’Djamena. Konflik itu berkembang di dua perkampungan bersebelahan.

Pada Ogos, 13 terbunuh di timur negara Afrika itu selepas seorang kanak-kanak dituduh mencuri cangkul seorang petani. – AFP, 1 Oktober, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen