Peneroka Felda mesti hukum Najib seperti PRU 1999, kata Anak


Kamles Kumar Radzi Razak

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman ketika berucap di hadapan peneroka Felda di Felda Chini 2.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Februari, 2018. 

PENEROKA Felda di Pekan perlu menghukum Perdana Menteri Najib Razak kerana krisis yang dihadapai agensi kerajaan, kata Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman.

Katanya, pengulangan keputusan pilihan raya umum ke 12 - yang mana Najib hanya menang dengan margin tipis 241 pengundi - perlu diambil peluang oleh Pakatan Harapan.

“Pengundi di Pekan perlu hukum Najib. Sekiranya beliau hampir tewas pada 1999, kali ini beliau pasti akan tewas dan PH akan mengambil alih Pekan,” kata Mazlan ketika berucap di hadapan peneroka Felda pada ceramah di Chini 2, Pekan.

Najib hampir tewas pada pilihan raya umum 1999 kepada calon PAS Ramli Mohamed dan menang dengan hanya 13,148 undi kepada 12,907 undi.

Mazlan juga berkata, Najib memusnahkan legasi yang ditinggalkan bapanya, Abdul Razak yang bekerja keras untuk menubuhkan Felda.

“Bapanya menangi Felda. Bapanya berjuang untuk tubuhkan Felda. Tetapi anaknya berbelanja berjuta ringgit.”

Di peringkat nasional, Mazlan berkata peneroka Felda menjadikan 54 kerusi Parlimen di seluruh Malaysia dan mereka perlu beralih arah pada pilihan raya umum akan datang untuk mengubah kerajaan.

“Felda merupakan institusi Melayu. Sekiranya dalam 54 kerusi Parlimen, peneroka boleh berubah fikiran. Ia akan mengubah kepada pembangkang,” katanya.

Mazlan turut berjanji sekiranya PH mengambil alih Putrajaya, hutang individu peneroka Felda akan dikurangkan 50%. – 28 Februari, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen