Indonesia luluskan vaksin Covid-19 buatan sendiri


Indonesia hari ini mengumumkan kelulusan vaksin Covid-19 yang pertama dibangunkan secara tempatan untuk kegunaan kecemasan. – Gambar EPA, 30 September, 2022.   

INDONESIA meluluskan vaksin Covid-19 yang pertama dibangunkan secara tempatan untuk kegunaan kecemasan, kata ketua agensi kesihatan awam negara itu hari ini.

Mereka menyifatkan ia sebagai satu langkah ke arah “kemerdekaan negara dalam akses kepada perubatan”.

Jakarta menekankan kepentingan membangunkan vaksin mereka sendiri sejak awal wabak melanda tetapi ia kini bergantung kepada Sinovac China dan suntikan vaksin mRNA Moderna dan Pfizer BioNTech buatan barat.

Suntikan IndoVac yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal milik kerajaan Bio Farma dan Kolej Perubatan Baylor yang berpangkalan di Texas kini boleh digunakan sebagai dos utama untuk golongan dewasa yang tidak divaksin atau divaksin sebahagian di negara keempat paling ramai penduduk di dunia itu.

“The development… of a domestic vaccine is a pride for us Indonesians as a foundation and as the first step to achieve the nation’s independence in access to medicine,” head of the national food and drugs agency (BPOM) Penny Lukito said at a press conference Friday.

“Pembangunan vaksin domestik adalah kebanggaan bagi kita rakyat Indonesia sebagai asas dan langkah pertama untuk mencapai kemerdekaan negara dalam akses kepada perubatan,” kata Ketua Agensi Makanan dan Ubat Kebangsaan (BPOM) Penny Lukito di sidang media hari ini.

Kajian klinikal untuk menggunakannya sebagai suntikan penggalak sedang dijalankan, kata Lukito.

Agensi itu juga mengumumkan kelulusan penggunaan kecemasan untuk vaksin mRNA yang dibangunkan di China, menjadi negara pertama yang berbuat demikian.

Inokulasi yang dibangunkan oleh Walvax Biotechnology akan dihasilkan secara tempatan di Indonesia, kata Ketua BPOM itu.

Suntikan IndoVac tempatan diberikan sijil halal bermakna ia boleh ditadbir selaras dengan kepercayaan Islam di Indonesia yang majoritinya merupakan penduduk Muslim.

Indonesia menjadi pusat wabak Covid-19 Asia pada Julai tahun lalu apabila varian Delta melanda seluruh negara.

Kes harian menurun dengan ketara menjelang akhir tahun tetapi penyebaran Omicron membawa kepada peningkatan kes 30,000 sehari.

Sejak itu ia menyaksikan sekali lagi penurunan mendadak dalam bilangan kes dan menghapuskan larangan kuarantin untuk pengembara yang diberi vaksin.

Secara keseluruhan ekonomi terbesar Asia Tenggara itu melaporkan lebih 6.4 juta kes yang disahkan dengan hampir 160,000 kematian.

Pemberian vaksin juga agak perlahan berbanding negara maju dengan kurang daripada dua pertiga daripada 270 penduduk menerima dua suntikan. – AFP, 30 September, 2022.   


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen