KKM lapor 1,867 kes baharu Covid-19, 4 kematian


Jumlah jangkitan Covid-19 dalam negara kini meningkat kepada 4,838,872 kes, menurut KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 September, 2022.

SEBANYAK 1,867 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah  jangkitan dalam negara sehingga kini meningkat kepada 4,838,872, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Selangor catat kes baharu tertinggi iaitu 470 kes, diikuti Kuala Lumpur (451) dan Perak (183).

Semalam juga empat kematian akibat Cocid-19 dilaporkan, iaitu dua di Sabah dan satu kes masing-masing di Pahang dan Sarawak. Data KKM menunjukkan jumlah kematian kini 36,369 orang.

Sementara itu seramai 43 pesakit Covid-19 ditempatkan di unit rawatan rapi, dengan 24 orang memerlukan alta bantuan pernafasan. – 30 September, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen