MAHKAMAH Sepanyol semalam mengarahkan penyanyi terkenal Colombia, Shakira atas tuduhan penipuan cukai berjumlah 14.5 juta euro.
Julai lalu, pendakwa raya berkata mereka akan memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lebih lapan tahun dan denda hampir 24 juta euro terhadap artis sensasi itu Shakira, 45, menolak perjanjian dengan pihak berkuasa untuk mengelak dibicarakan.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Hips don’t lie” itu didakwa gagal membayar cukai 14.5 juta euro ke atas pendapatan yang diperoleh antara 2012 dan 2014 kepada kerajaan Sepanyol.
Pendakwa raya berkata Shakira menetap ke Sepanyol pada 2011 ketika menjalin hubungan dengan bintang bola sepak Barcelona Gerard Pique, tetapi mengekalkan cukai rasmi pemastautinnya di Bahamas sehingga 2015.
Pasangan terbabit mempunyai dua anak, dan memutuskan hubungan pada Jun lalu.
Shakira sebelum ini berulang kali menafikan sebarang salah laku. – AFP, 28 September, 2022.
Komen