PIHAK berkuasa Syria menemui 100 mayat daripada bot mengangkut pendatang dari Lubnan, yang karam di perairan Syria minggu lalu, lapor media.
Insiden kapal karam itu paling teruk pernah berlaku di timur Mediterranean.
Mayat pertama ditemui Khamis lalu dan hanya 20 mangsa diselamatkan daripada kira-kira 150 penumpang.
“Setakat ini mangsa dari bot Lubnan itu mencecah 100 orang selepas lebih banyak mayat ditemui dari laut,” kata agensi berita SANA.
Semua mangsa terselamat sudah dibenarkan keluar dari hospital, kata SANA.
Hampir tiga tahun berdepan krisis ekonomi yang teruk menjadikan rakyat Lubnan melarikan diri dari negara itu, menyertai pelarian Syria dan Palestin untuk keluar dari kemiskinan dan baya di negara sendiri. – AFP, 27 September, 2022.
Komen