Angka korban bot karam di Bangladesh meningkat ke-51


Orang ramai berkumpul di Sungai Karatoya selepas sebuah bot didapati karam menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut. – Gambar AFP, 27 September, 2022.   

SEKURANG-KURANGNYA 51 orang maut selepas sebuah bot karam di daerah utara Bangladesh pada Ahad.

Penguasa Polis daerah Panchagarh SM Sirajul Huda memberitahu Xinhua bahawa 26 lagi mayat ditemukan di sungai Karatoya di daerah Panchagarh utara Bangladesh, 468 kilometer (km) dari Dhaka, pada Isnin.

Angka korban itu menjadikan jumlah kematian setakat ini mencecah 51 berbanding 25 sebelum ini.

Bot yang membawa kira-kira 100 penumpang dilaporkan karam pada petang Ahad akibat terlebih muatan.

Anggota penyelamat bertungkus lumus melaksanakan misi pencarian baki penumpang yang masih hilang meskipun berdepan cabaran arus deras dan air bergelora, katanya. – 27 September, 2022.   


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen