Filippo Grandi dilantik semula sebagai Pesuruhjaya Tinggi UNHCR


PBB semalam melantik semula diplomat Itali Filippo Grandi sebagai Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian (UNHCR) untuk tempoh dua tahun setengah. – Gambar AFP, 27 September, 2022.

PERHIMPUNAN Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam melantik semula diplomat Itali Filippo Grandi sebagai Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian (UNHCR) untuk tempoh dua tahun setengah.

Penggal baharu beliau bakal bermula pada 1 Julai 2023 dan berakhir pada 31 Disember 2025, lapor Xinhua.

Pemilihan semula Grandi dipersetujui sebulat suara di Perhimpunan Agung itu.

Dilahirkan pada Mac 1957, Grandi menyertai UNHCR sejak 1 Januari 2016.

Antara Januari 2010 dan Mac 2014 beliau mengetuai agensi PBB untuk pelarian Palestin yang dikenali sebagai Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA). – Bernama, 27 September, 2022.   


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen