Rusia usir diplomat Jepun atas dakwaan mengintip


Rusia usir seorang diplomat Jepun atas dakwaan melakukan kegiatan pengintipan. – Gambar AFP, 27 September, 2022.

SEORANG diplomat Jepun ditahan di Vladivostok, Rusia dan diisyihar sebagai persona non grata atas dakwaan melakukan kegiatan pengintipan.

Agensi berita Rusia memetik kenyataan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) melaporkan diplomat itu ditahan ketika sedang menerima maklumat sulit.

Diplomat itu juga dilapor sedang mencari maklumat mengenai kesan sekatan Barat ke atas wilayah Primorsky.

FSB dipetik berkata diplomat yang dikenal pasti sebagai konsulat jeneral di Vladivostok, Motoki Tatsunori, diisytiharkan sebagai persona non grata dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Tokyo.

FSB juga menyiarkan video pendekmemaparkan diplomat itu mengakui dia melanggar undang-undang Rusia.

Sementara itu, Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan berkata diplomat terbabit diarah meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam.

Jepun disenarai sebagai negara “musuh” bersama negara-negara anggota Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, United Kingdom, Ukraine, Switzerland, Korea Selatan, Australia, New Zealand, Singapura dan Taiwan kerana mengenakan ke atas Moscow ekoran pencerobohan ke atas Ukraine. – AFP, 27 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen