PFIZER dan BioNTech telah memohon pegawai kesihatan Amerika Syarikat (AS) untuk membenarkan vaksin penggalak Covid yang menyasarkan Omicron untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun, kata syarikat itu pada Isnin.
Syarikat-syarikat itu mengirim permohonan untuk kebenaran kecemasan bagi dos 10 mikrogram kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS.
Vaksin anti-Covid generasi baharu tersebut menyasarkan kedua-dua jenis koronavirus BA.4 dan BA.5, subvarian Omicron yang menyebabkan lebih daripada 90 peratus jangkitan di AS.
Jika FDA membenarkan vaksin itu, dos tersebut masih perlukan satu lagi lampu hijau daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), agensi kesihatan persekutuan utama negara, sebelum suntikan pertama boleh diberikan kepada kanak-kanak.
Dalam beberapa hari akan datang, Pfizer dan BioNTech juga akan memfailkan kebenaran dengan Agensi Ubat Eropah, kata mereka.
Walaupun kanak-kanak kurang terjejas oleh Covid-19 berbanding orang dewasa, ratusan kanak-kanak berumur 5 hingga 18 telah meninggal dunia di AS sejak permulaan pandemik, menurut angka CDC. – AFP, 27 September, 2022.
Komen