PIHAK berkuasa di utara Iran menahan 450 penunjuk perasaan selama lebih 10 hari protes diadakan susulan kematian seorang wanita Kurdish ketika dalam tahanan polis moral, menurut laporan media.
Lebih 1,200 penunjuk perasaan, aktivis reformasi dan wartawan ditahan sepanjang sembilan demonstrasi di seluruh negara selepas tercetusnya ketegangan apabila Mahsa Amini diumumkan meninggal dunia pada 16 September.
Amini, atau nama pertamanya dalam Kurdish, Jhina, ditahan selama tiga hari di Tehran kerana dikatakan melanggar peraturan memakai tudung dan berpakaian sopan.
“Sepanjang protes diadakan beberapa hari ini, 450 penunjuk perasaan ditahan di Mazandaran,” kat aketua pendakwa raya wilayah utara, Mohammad Karimi.
Mereka menyerang bangunan kerajaan dan memusnahkan harta awam di beberapa bahagian di Mazandaran, katanya.
Media tempatan melaporkan penunjuk perasaan melaungkan slogan anti rejim, dan Karimi berkata mereka diketuai “ejen anti revolusi asing”.
Pada Sabtu, pihak berkuasa di wilayah Gilan menahan 739 penunjuk perasaan termasuk 60 wanita. – AFP, 26 September, 2022.
Komen