5 kanak-kanak maut insiden tembakan di Russia


SEKURANG-KURANGNYA sembilan terbunuh termasuk lima kanak-kanak selepas seorang lelaki melepaskan tembakan secara rambang di sebuah sekolah di Izhevsk, tengah Russia, kata pihak berkuasa.

“Sembilan terbunuh dalam insiden itu, termasuk dua pengawal keselamatan dan dua guru, selain lima kanak-kanak,” kata Jawatankuasa Siasatan Russia dalam kenyataan di Telegram.

Katanya, penyerang kemudian membunuh diri.

Penyiasat berkata suspek memakai baju hitam dengan simbol Nazi dan tidak mempunyai kad pengenalan diri.

“Pada masa ini identitinya masih dikenal pasti,” kata penyiasat.

Kementerian Dalam Negeri Russia berkata kira-kira 20 mangsa cedera dalam serangan itu.

Gabenor Alexander Brechalov mengesahkan berlaku kematian dan mangsa cedera dalam kalangan kanak-kanak.

Pasukan penyelamat dan perubatan bergegas ke tempat kejadian.

Izhevsk mempunyai 630,000 orang populasi, ibu kota bagi wilayah Udmurt, kira-kira 1,000km dari Moscow. – AFP, 26 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen