Harga minyak mentah Brent jatuh bawah AS$84 setong


Harga minyak mentah Brent jatuh bawah AS$84 setong buat kali pertama sejak 14 Januari.– Gambar EPA, 26 September, 2022.

HARGA minyak global merosot lebih satu peratus, dengan minyak mentah Brent jatuh di bawah AS$84 setong buat kali pertama sejak 14 Januari, lapor Xinhua berdasarkan data dagangan pada Isnin.

Sehingga 06:13 GMT, harga niaga hadapan Disember untuk minyak mentah Brent diniagakan turun sebanyak 1.22 peratus pada AS$83.99 setong, dan niaga hadapan November untuk WTI susut 1.22 peratus dan didagangkan pada AS$77.78. – Bernama, 26 September, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen