Persatuan gesa perketat undang-undang jual beli haiwan eksotik


CAP menggesa orang ramai supaya tidak menjadikan haiwan eksotik sebagai haiwan peliharaan atau perhiasan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 September, 2022.

UNDANG-undang bagi memantau perdagangan haiwan peliharaan eksotik di negara ini perlu lebih diperketatkan lagi, kata Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Presidennya Mohideen Abdul Kader dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah itu perlu supaya aktiviti perdagangan hidupan liar secara sah atau haram dapat dihentikan, serta menghalang orang ramai terutamanya kanak-kanak memiliki haiwan eksotik.

“CAP menggesa supaya haiwan eksotik tidak dijadikan sebagai haiwan peliharaan atau perhiasan.

“Sama ada diniagakan secara sah atau haram, perbuatan menjadikan haiwan liar sebagai haiwan peliharaan adalah kejam,” katanya.

Mohideen berkata haiwan-haiwan ini perlu dibiarkan hidup di habitat asalnya.

Tambahnya, permintaan yang tinggi akan menggalakkan aktiviti memburu haiwan terancam di hutan.

Dalam satu temu bual bersama The Malaysia Insight sebelum ini, Pemilik Reptiles Super Store di Puchong Leslie Lim berkata haiwan eksotik kini semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia terutama kanak-kanak kerana mudah dijaga tidak memerlukan kos yang tinggi. – 26 September, 2022.     

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen