Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS


RINGGIT memulakan urus niaga minggu baharu dengan lebih susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, diheret turun oleh ketidaktentuan pasaran ketika unit negara maju itu terus melonjak dipacu pendirian bank pusat memperketat dasar monetari atas alasan jangkaan ekonomi global yang lebih baik.

Pada 10.39 pagi ini, ringgit susut kepada 4.5960/5980 berbanding 4.5775/5800 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Sewaktu dibuka, ringgit mencecah paras 4.5910/5950 berbanding dolar AS. – Bernama, 26 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen