MENTERI Kewangan Pakistan Miftah Ismail mengumumkan akan letak jawatan secara rasmi ketika republik Islam itu berhadapan dengan krisis ekonomi yang semakin parah akibat bencana banjir buruk, lapor media.
Miftah membayangkan beliau sudah memaklumkan hasratnya kepada Perdana Menteri Shehbaz Sharif.
“Secara lisannya saya sudah letak jawatan menteri kewangan,” tulisnya di Twitter, semalam.
“Saya akan letak jawatan secara rasmi apabila pulang ke Pakistan.”
Miftah dan Shehbaz kini berada di London dan dijadual kembali ke Pakistan awal minggu depan.
Miftah akan jadi menteri kewangan kelima Pakistan yang letak jawatan dalam tempoh tidak sampai empat tahun.
Banjir besar yang melanda republik Islam itu awal bulan ini dianggar mengakibatkan kerugian sehingga RM137 bilion serta mengorbankan lebih 1,500 orang.
Bank Dunia hujung minggu lepas berkata akan menyediakan bantuan RM9 bilion kepada Pakistan.
Naib Presiden Bank Dunia bagi Asia Selatan, Martin Raiser mengumumkan ikrar itu selepas melawat Pakistan pada Sabtu. – Agensi
Komen