Jumlah kes Covid-19 kekal bawah 2,000 


Selangor mencatatkan jumlah kes jangkitan tertinggi Covid-19 semalam dengan 545 kes.– Gambar fail The Malaysian Insight, 26 September, 2022.

MALAYSIA melaporkan 1,608 kes baharu Covid-19 semalam, berbanding 1,924 kes sehari sebelumnya.

Laman web CovidNow menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan pada 4,831,822 sejak permulaan wabak pada Mac 2020.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 545, diikuti Kuala Lumpur (314) dan Perak (141).

Sabah mencatatkan 135 kes baharu, Negeri Sembilan (79), Pulau Pinang (77), Kedah (54), Sarawak (52), Johor (49), Melaka (42), Putrajaya (31), Kelantan (29), Pahang (28), Terengganu (21), Perlis (11) dan Labuan (0).

Dua kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian kepada 36,350.

Lima puluh satu pesakit dirawat di unit rawatan rapi, 29 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 26 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen