PARTI Komunis China mengumumkan sudah memilih semua perwakilan bagi menghadiri mesyuarat politik penting mulai 16 Oktober ini.
Presiden Xi Jinping dijangka mengekalkan kuasanya untuk penggal ketiga, keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.
Pertemuan dua kali dalam sedekad itu juga akan menyaksikan rombakan kakitangan dalam badan pembuat keputusan berkuasa parti itu, Biro Politik.
“Setiap unit pilihan raya di seluruh negara mengadakan kongres parti atau mesyuarat wakil parti dan memilih 2,296 perwakilan ke Kongres Parti Ke-20,” kata penyiar tempatan CCTV.
Perwakilan mesti mematuhi ideologi politik Xi sebagai tambahan kepada perlembagaan parti, kata CCTV.
Menurut CCTV perwakilan terdiri daripada wanita, ahli parti etnik minoriti dan mereka yang pakar dalam pelbagai bidang, seperti ekonomi, sains dan sukan.
Kongres di Beijing itu diadakan ketika Xi berdepan masalah politik ketara, termasuk kelemahan ekonomi, kemerosotan hubungan dengan Amerika Syarikat dan dasar ketat sifar-Covid yang mempercepatkan perubahan masuk China daripada dunia. – AFP, 25 September, 2022.
Komen