Rakyat Itali mula mengundi dalam pilihan raya awal


Hampir 51 juta orang layak mengundi dalam pilihan raya itu, manakala lebih empat juta rakyat Itali yang tinggal di luar negara menunaikan tanggungjawab mereka. – Gambar EPA, 25 September, 2022.

RAKYAT Itali mula mengundi dalam pilihan raya awal pada Ahad.

Pilihan raya awal diadakan selepas Presiden Sergio Mattarella membubarkan Parlimen pada Julai dan meminta agar pilihan raya diadakan pada 25 September, sekali gus menandakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mario Draghi berakhir.

Hampir 51 juta orang layak mengundi dalam pilihan raya itu, manakala lebih empat juta rakyat Itali yang tinggal di luar negara menunaikan tanggungjawab mereka.

Dengan kadar populasi 59 juta, 51% rakyatnya terdiri daripada golongan wanita.

Pengundi berusia 18 tahun ke atas juga berpeluang mengundi, kali pertama dalam sejarah Itali, selepas diluluskan Senat sebelum ini.

Proses mengundi bermula pada 7 pagi waktu tempatan (1 tengah hari waktu Malaysia) dan pusat mengundi ditutup pada 11 malam waktu tempatan.

Rakyat Itali akan memilih 200 senator dan 400 perwakilan. – Bernama, 25 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen