Menteri mesti jelaskan kegagalan pengangkutan awam kepada JK Parlimen, gesa ahli Parlimen


Elill Easwaran

Wee Ka Siong berkata, Prasarana kini sedang mendapatkan bantuan orang ramai untuk meningkatkan standard operasi dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahannya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 September, 2022.

SEORANG ahli Parlimen mahu jawatankuasa pilihan khas parlimen (PAC) mengenai infrastruktur memanggil Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong bagi menjelaskan kerosakan yang kerap berlaku dalam perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara.

Ahli Parlimen DAP Kuching Dr Kelvin Yii berkata, kerosakan yang kerap menyebabkan ratusan pelancong terkandas dan aduan semakin meningkat setiap hari.

Terdapat aduan setiap hari daripada orang ramai mengenai kelewatan tren dan kerosakan kemudahan seperti eskalator dan tandas.

“Akibatnya, ramai pengguna pengangkutan awam terkandas dan lambat sampai ke destinasi.

“Masalah ini sudah lama berlarutan dan menjejaskan produktiviti di Lembah Klang yang menjadi nadi utama ekonomi negara khususnya bagi sektor perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sekiranya ada keperluan Putrajaya perlu menyediakan suntikan dana khas dalam Bajet 2023 untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan dengan segera.

Pada Khamis, Wee berkata Prasarana Malaysia Bhd kini sedang mendapatkan bantuan orang ramai secara sistematik untuk meningkatkan standard operasi dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahannya.

“Berbangkit daripada beberapa isu yang diketengahkan oleh pengguna pengangkutan awam mengenai keadaan penyelenggaraan kemudahan kami, serta kesediaan stesen kereta api dan hab bas kami, Prasarana ditugaskan untuk mewujudkan pendekatan komprehensif dalam memastikan kemudahannya berada dalam keadaan terbaik,” katanya. – 25 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen