Dalam tempoh 37 tahun, British pound turun ke paras terendah berbanding dolar AS


Kemerosotan nilai itu berlaku sehari selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan Bank of England menaikkan kadar faedah masing-masing sebanyak 75 dan 50 mata asas. – Gambar AFP, 24 September, 2022.

POUND British merosot kepada 1.1187 berbanding dolar AS pada Jumaat, paras terendah dalam tempoh 37 tahun.

Kemerosotan nilai itu berlaku sehari selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan Bank of England menaikkan kadar faedah masing-masing sebanyak 75 dan 50 mata asas, lapor Agensi Anadolu.

Ia kejatuhan kali pertama kadar GBP/USD di bawah 1.12 sejak Januari 1985. – Bernama, 24 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen