11 polis cedera dalam protes pelajar hilang di Mexico


Penunjuk perasaan membawa sepanduk mendesak pihak yang berkaitan dengan kehilangan 45 pelajar Mexico pada 2014, ditahan. – Gambar EPA, 23 September, 2022.

PROTES diadakan semalam mendesak keadilan bagi 45 pelajar Mexico yang hilang pada 2014, bertukar menjadi ganas, menyebabkan 11 anggota polis cedera, kata pihak berkuasa.

Konfrontasi berlaku di luar pejabat peguam negara di Mexico City selepas penunjuk perasaan berhimpun, menggesa pihak yang berkaitan dengan kes itu supaya ditahan.

“Sesetengah penunjuk perasaan menyerang anggota polis dan membaling bahan letupan ke arah mereka,” kata secretariat keselamatan awam Mexico City dalam satu kenyataan.

“Seramai 11 anggota polis cedera akibat terkena mercun dan lebam akibat dipukul di badan,” katanya.

Semua mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, kata kenyataan itu.

Penunjuk perasaan turut melukis grafiti di pejabat peguam negara dna membawa sepanduk mendesak pelajar yang hilang dikembalikan dengan selamat.

Setakat ini, mayat hanya tiga mangsa dikenal pasti.

Pada Rabu, waris pelajar yang hilang mengadakan tunjuk perasaan di luar kedutaan Israel, mendesak ekstradisi Tomas Zeron, bekas penyiasat kanan yang dikehendaki dalam kes itu.

Zeron antara pencipta “kebenaran sejarah”, versi rasmi kes yang dibawa pada 2015, dan ditolak waris mangsa serta pakar bebas.

Seramai 43 pelajar itu menaiki bas di Guerrero dalam perjalanan mengadakan demonstrasi di Mexico City, sebelum mereka hilang.

Penyiasat berkata mereka ditahan polis yang rasuah dan menyerahkan mereka kepada kartel dadah, tetapi apa yang berlaku kepada mangsa tidak diketahui.

Bulan lalu, satu pasukan petugas khas ditubuhkan kerajaan bagi menyiasat kes itu yang dianggap sebagai “jenayah negara” membabitkan ejen pelbagai institusi.

Keesokan harinya, bekas peguam negara Jesus Murillo Karam yang mengetuai siasatan kontroversi itu ditahan atas tuduhan kehilangan secara paksa, seksaan dan menghalang keadilan dijalankan.

Pendakwa berkata waran tangkap turut dikeluarkan kepada lebih 80 suspek, termasuk 20 anggota tentera, 44 pegawai polis dan 14 ahli kartel. – AFP, 23 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen