15 pemain bola sepak wanita Sepanyol letak jawatan


Seramai 15 pemain bola sepak wanita Sepanyol letak jawatan serentak susulan desakan mereka jurulatih digugurkan, tidak dilayan. – Gambar fail AFP, 23 September, 2022.

SERAMAI 15 pemain pasukan bola sepak wanita Sepangol meletak jawatan beramai-ramai secara serentak, ia insiden pertama pernah berlaku di negara itu, umum Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

Media Sepanyol baru-baru ini melaporkan sebahagian daripada pasukan bola sepak wanita negara itu mahu jurulatih Jorge Vilda dipecat.

RFEF dalam satu kenyataan semalam berkata 15 pemain terbabit menghantar emel peletakan jawatan secara bersama.

“Mereka menyatakan situasi sekarang mewujudkan kesan yang ketara kepada emosi dan kesihatan mereka,” kata persekutuan itu.

Mengecam tindakan pemain terbabit yang terus mempersoalkan jawatan jurulatih negara, RFEF berkata pihaknya tidak akan memanggil semula pemain yang enggan memakai jersi Sepanyol.

“Persekutuan akan hanya menggunakan pemain yang komited, walaupun itu bermakna kita akan bermain dengan pemain muda,” katanya.

“Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah bola sepak, lelaki dan wanita, di Sepanyol dan di seluruh dunia.:

Stesen radio COPE melaporkan pemain Ballon d’Or winner Alexia Putellas yang cedera pada musim ini, bukan salah seorang daripada pemain yang meletak jawatan.

Tetapi teman sepasukannya seperti Patri Guijarro, Mapi Leon, Sandra Panos, Aitana Bonmati, Claudia Pina dan Mariona Caldentey berada dalam kumpulan yang meletak jawatan. – AFP, 23 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen