Hungary gesa Kesatuan Eropah tarik balik sekatan terhadap Rusia


Perdana Menteri Hungary Viktor Orban berkata berkata sekatan tersebut akan lebih merugikan Eropah berbanding ke atas Rusia. – Gambar EPA, 23 September, 2022.

PERDANA Menteri Hungary Viktor Orban menggesa Kesatuan Eropah (EU) menarik balik sekatan ke atas Rusia selewat-lewatnya akhir tahun ini, lapor akhbar prokerajaan semalam.

Orban dipetik Magyar Nemzet berkata sekatan tersebut lebih merugikan Eropah berbanding ke atas Moscow. Hungary rakan rapat Rusia sejak beberapa tahun lalu.

Laporan itu memetik sumber itu juga menyebut Orban dalam satu mesyuarat tertutup pada Rabu menggesa partinya Fidesz agar menarik semula sekatan ke atas Rusia.

“Menurut sumber Orban berkata Fidesz perlu memastikan  Eropah tarik semula sekatan selewat-lewatnya akhir tahun ini,” kata akhbar itu, yang kemudian disahkan kerajaan.

Orban membuat gesaan itu ketika Belgium mencadangkan agar sekatan ke atas Rusia dilanjutkan.

Rabu lalu, menteri-menteri luar EU mengadakan mesyuarat tergempar bagi emmbincangkan sekatan baharu terhadap Moscow dan meningkatkan sokongan ketenteraannya kepada Ukraine sebagai tindak balas kepada langkah kerahan tentera oleh Rusia.

Sementara itu, Menteri Luar Hungary Peter Szijjarto pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York awal minggu ini berkata sekatan tersebut hanya akan menyulitkan lagi keadaan.

“Kesannya akan lebih teruk dirasai Eropah berbanding Rusia, jadi lanjutan sekatan harus diketepikan,” katanya. – AFP, 23 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen