BANK Pusat Indonesia menaikkan penanda aras kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas semalam, lapor Anadolu.
Bank Indonesia menaikkan kadar repo bebalik tujuh hari kepada 4.25%, kadar faedah kemudahan deposit sebanyak 50 mata asas kepada 3.5% dan kadar faedah kemudahan pinjaman sebanyak 50 mata asas kepada 5%.
Menurut bank pusat itu, keputusan itu merupakan sebahagian daripada usahanya untuk menurunkan inflasi kepada tiga peratus menjelang separuh petama tahun depan, selain mengukuhkan rupiah Indonesia.
Kadar inflasi tahunan Indonesia masing-masing mencatatkan paras 4.69% dan 4.94% pada September dan Ogos.
Komen