ARAB Saudi membantu membebaskan 10 warga asing yang didapati berperang untuk Ukraine dalam konflik negara itu dengan Russia, Xinhua memetik laporan Agensi Akhbar Saudi (SPA) pada Rabu.
Ia sebahagian daripada pertukaran tahanan antara Russia dan Ukraine, sejajar dengan komitmen kemanusiaan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman Al Saud, terhadap krisis semasa Russia-Ukraine.
Sepuluh tahanan itu terdiri daripada warga Maghribi, Sweden, Croatia, British dan AS, yang diterbangkan ke Arab Saudi dari Russia, kata kementerian itu.
Arab Saudi memudahkan prosedur kepulangan tahanan itu dengan selamat ke negara masing-masing, katanya. – Bernama, 23 September, 2022.
Komen