SEBUAH kapal pembinasa milik Amerika Syarikat (AS) dan sebuah kapal perang frigat Kanada berlayar merentasi Selat Taiwan pada Selasa dalam operasi bersama yang terbaru, dengan objektif untuk memperkukuhkan status ia sebagai laluan antarabangsa.
Beijing berpandangan ia memiliki kedua-duanya, Taiwan dan laluan laut yang sempit memisahkan pulau itu dari tanah besar China – dan ia adalah antara saluran perkapalan tersibuk di dunia.
AS sekian lama menggunakan laluan “bebas kemudi” merentasi Selat Taiwan untuk menolak tuntutan China itu dan sekutu Barat semakin ramai menyertai operasi itu.
USS Higgins, kapal pembinasa kelas Arleigh Burke dengan kerjasama frigat HMCS Vancouver milik Tentera Laut Diraja Kanada menjalankan operasi rutin di Selat Taiwan pada 20 September mengikut undang-undang antarabangsa,” kata Kapal ketujuh Tentera Laut AS.
“Kapal itu melalui ruang di selat berkenaan merentasi wilayah laut milik mana-mana pantai negara.”
Kanada berkata HMCS Vancouver dalam perjalanan untuk menyertai misi sedang berlangsung bagi menguatkuasakan sekatan dikenakan PBB terhadap Korea Utara ketika ia bertemu dengan USS Higgins.
“Kerjasama dan transit di Selat Taiwan hari ini menunjukkan komitmen kami terhadap Indo-Pasifik yang bebas, terbuka dan inklusif,” kata Menteri Pertahanan Kanada Anita Anand dalam satu kenyataan, menggunakan terma rantau Asia-Pasifik.
“Tentera sentiasa dalam keadaan waspada, memantau balas setiap ugutan dan provokasi, dan mempertahankan kedaulatan negara serta integriti wilayah,” kata Kolonel Shi Yi dipetik daripada stesen televisyen China, CCTV.
Kapal perang milik British, Kanada, Perancis dan Australia melakukan perjalanan merentasi Selat Taiwan beberapa tahun terakhir ini, mencetuskan protes dari Beijing. – AFP, 22 September, 2022.
Komen