OLENA Zelenska, isteri Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, mengunjungi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres pada Selasa.
Zelenska diiringi oleh Perdana Menteri Ukraine Denys Shmyhal.
Menurut petugas PBB, pertemuan mereka berlangsung selama kira-kira sejam.
Topik perbincangan dengan Gutteres tidak dapat disahkan kerana delegasi Ukraine enggan mengulas.
Zelenskyy tidak menghadiri sesi ke-77 Perhimpunan Agung Pertubuhan PBB di New York dan ucapannya dibuat menerusi rakaman video.
Zelenska dijangka merasmikan pameran pada Rabu. Diplomat memberitahu Sputnik bahawa beliau mungkin duduk di Dewan Perhimpunan Agung semasa ucapan suaminya disiarkan pada Rabu.
PBB mengesahkan Guterres bertemu Shmyhal dan Zelenska pada Selasa.
“Setiausaha agung bertemu dengan Perdana Menteri Ukraine Denys Shmygal dan Wanita Pertama Ukraine Olena Zelenska,” katanya.
Guterres dan Shmyhal membincangkan konflik di Ukraine, termasuk kesannya terhadap situasi kemanusiaan, hak asasi manusia, dan keselamatan nuklear di negara itu, tambahnya.
“Wanita pertama itu membincangkan kepentingan melindungi wanita dan kanak-kanak Ukraine yang terjejas akibat perang. Setiausaha agung mengulangi sokongan penuh PBB untuk terus memberikan bantuan kemanusiaan.
“Setiausaha agung turut memuji Ukraine atas penglibatan berterusannya dalam pelaksanaan inisiatif Bijian Laut Hitam, dan mengulangi kesediaan PBB untuk meneruskan usahanya bagi mengelak krisis makanan global,” kata PBB. – Bernama, 21 September, 2022.
Komen