14 ikan paus ditemui mati terdampar di Australia


Bangkai ikan paus yang ditemui di pantai King Island, Australia. Sekurang-kurangnya 14 ikan paus mati di pantai pulau itu yang dipercayai terdampar selepas gagal kembali ke laut. – Gambar EPA, 21 September, 2022.

PENYIASAT hidupan liar Australia pada Rabu cuba mencari punca mengapa lebih 10 paus jantan yang mati terkandas di pantai terpencil di Tasmania.

Sebanyak 14 ekor paus ditemui di King Island awal minggu ini, di luar pantai utara Tasmania.

Ahli biologi dan doktor haiwan daripada agensi pemuliharaan negeri ke pulau kecil itu untuk menyiasat, dengan tinjauan udara tidak menemui ikan paus lain yang terdampar.

Kematian ikan paus muda mungkin menjadi kes “kejadian malang”, kata ahli biologi hidupan liar Kris Carlyon dari Agensi Pemuliharaan Kerajaan Negeri memberitahu akhbar tempatan Mercury.

“Alasan paling biasa bagi kejadian terdampar adalah ‘kejadian malang’, ia mungkin mencari makanan berhampiran pantai, mungkin ada makanan dan kemudiannya terperangkap ketika air surut,” kata Carlyon.

“Itulah teori pada masa ini.”

Beliau berkata ikan paus itu mungkin terkandas pada Ahad, sebelum ditemui mati pada Isnin.

Ikan paus terdampar secara besar-besaran jarang berlaku tetapi tidak mustahil di rantau ini, Carlyon memberitahu The Mercury.

Pada 2020, Tasmania menyaksikan jumlah yang besar pernah berlaku di Australia apabila 470 ikan paus terkandas di barat negara itu.

Lebih 300 ikan paus mati semasa kejadian itu, walaupun berpuluh sukarelawan bekerja keras selama beberapa hari di perairan sejuk Tasmania untuk menolak haiwan itu ke laut.

Punca bagi kejadian ikan paus terdampar secara besar-besaran itu masih menjadi misteri, tetapi sesetengah pakar berteori kejadian 2020 itu mungkin kerana ia sesat selepas hampir dengan persisir pantai atau mengekori satu atau dua ikan paus yang tersesat. – AFP, 21 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen