Bantah upacara pengebumian Shinzo Abe, lelaki bakar diri


Lokasi berhampiran pejabat Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida di mana seorang lelaki membakar dirinya kerana membantah cadangan kerajaan untuk mengadakan upacara pengebumian negara bagi bekas perdana menteri Shizo Abe. – Gambar AFP, 21 September, 2022.

SEORANG lelaki dikejarkan ke hospital selepas membakar dirinya berhampiran pejabat Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pagi tadi, lapor media tempatan.

Setakat ini pihak polis dan Pejabat Perdana Menteri belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

TV Asahi melaporkan lelaki itu membakar dirinya kerana membantah cadangan kerajaan untuk mengadakan upacara pengebumian negara bagi bekas perdana menteri Shizo Abe yang maut ditembak pada Julai lalu.

Seorang anggota polis yang cuba memadamkan kebakaran turut cedera, menurut stesen televisyen itu.

Abe, perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat, ditembak mati pada 8 Julai lalu ketika sedang berucap sempena kempen pilihan raya di bandar Nara.

Upacara pengebumian negara untuk Abe akan diadakan pada 27 September ini bagi memperingati jasa-jasa beliau, dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Tinjauan mendapati orang ramai juga menentang keputusan kerajaan itu.

Di Jepun, upacara pengebumian negara untuk pemimpin jarang diadakan.  – AFP, 21 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen