14 tebusan di bank Georgia dibebaskan


POLIS di Georgia berjaya membenaskan 14 tebusan yang ditahan lelaki bersenjata di sebuah bank di Kutaisi, bandar kedua terbesa di negara itu, kata pihak berkuasa.

“Semua tebusan dibebaskan dan suspek berjaya ditahan,” kata kementerian dalam negeri.

Semalam, suspek bersenjata menahan 12 tebusan dan menuntut diberikan sejumlah wang di Bank of Georgia cawangan bandar.

Georgia mempunyai populasi 150,000 di pusat bandar.

Siasatan dilakukan atas kesalahan tindakan pengganas, menahan tebusan dan memiliki senjata secara haram, kata pihak berkuasas.

Stesen televisyen Mtavari TV menyiarkan rakaman video daripada telefon bimbit seorang tebusan yang menunjukkan terdapat dua bahan letupan diletakkan di pintu masuk bank.

Satu lagi video menunjukkan suspek – seorang lelaki memakai topeng dan berbaju celoreng.

Pada Oktober 2020, seorang lelaki bersenjata menahan 43 individu sebagai tebusan di Bank of Georgia cawangan Zugdidi.

Dia kemudian membebaskan semua tebusan, melarikan dengan wang yang tidak dipastikan jumlahnya dan masih belum ditahan. – AFP, 21 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen