2 mati, 3,000 bangunan musnah gempa bumi di Mexico


Pasukan penyelamat meninjau operasi menyelamat di kawasan teruk terjejas akibat gempa bumi semalam di Colima, Mexico. – Gambar AFP, 21 September, 2022.

DUA terkorban dan lebih 3,000 bangunan musnah akibat gegaran kuat gempa bumi berukuran 7.7 magnitud di Mexico, kata pihak berkuasa.

Seorang wanita maut selepas tercedera terkena dinding yang jatuh di Manzanillo, kata penyelaras pertahanan awam di Colima, Laura Velazquez.

Seorang lelaki terbunuh selepas terkena serpihan bangunan pusat beli-belah yang runtuh di bandar sama.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador berkata nasib baik jumlah kematian tidak tinggi.

Pusat gegaran terletak di pantai Pasifik, kira-kira 400km barat ibu kota dan 59km selatan Coalcoman, menurut ahli seismik.

Kedalaman gegaran dianggarkan 15km.

Sekurang-kurangnya 26 individu sedang menerima rawatan di Michoacan di mana pihak berkuasa melaporkan kerosakan 3,161 rumah selain berpuluh-puluh pusat pendidikan dan kesihatan.

Sembilan cedera di Colima di mana lebih 150 rumah dan bangunan musnah.

Beratus-ratus siri gegaran dikesan selepas gempa besar itu, dengan paling kuat berukuran 5.8 magnitud. – AFP, 21 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen