9 terbunuh dalam kempen pilihan raya di Brazil


Pasukan penyelamat mencari mangsa dalam insiden auditorium runtuh di Itapecerica da Serra semalam yang menyebabkan sembilan maut. – Gambar AFP, 21 September, 2022.

SEBUAH auditorium yang menjadi lokasi program kempen menjelang pilihan raya Brazil, runtuh semalam menyebabkan sembilan terbunuh manakala 31 yang lain cedera, kata pihak berkuasa.

Insiden berlaku ketika lawatan ke syarikat kontena perkapalan di Sao Paulo oleh calon Kongres dan dewan negeri, kata pihak berkuasa.

Calon Kongres Ely Santos dan calon negeri Jones Dozinette antara yang tercedera dalam kemalangan di Itapecerica da Serra.

Gambar yang dimuat naik di atas talian menunjukkan pasukan penyelamat mencari mangsa di bawah serpihan pentas yang runtuh.

Seramai 64 orang menghadiri program berkenaan pada masa kejadian.

“Kami berusaha keras untuk memastikan operasi menyelamat bergerak secepat mungkin,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Sao Paulo Luciana Soares.

Brazil dijadualkan mengadakan pilihan raya persekutuan dan negeri pada 2 Oktober. – AFP, 21 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen