China rancang tindakan tingkat pelaburan asing 


CHINA akan mengambil langkah untuk meningkatkan pelaburan asing, dengan mengutamakan industri pembuatan, lapor Xinhua, memetik perancang ekonomi utama negara itu pada Isnin.

China akan memudahkan pertukaran petugas perniagaan syarikat asing, dengan mematuhi ketat pelaksanaan pencegahan epidemik, yang merupakan sebahagian usaha menangani masalah tertunggak mereka, kata jurucakap Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Meng Wei, pada sidang akhbar.

Beliau berkata penjajaran antara perdagangan asing dan syarikat asing serta rakan usaha sama huluan dan hiliran masing-masing juga akan diperkukuh. 

Menurut Meng, China sedang giat mengkaji semula katalog industri dalam menggalakkan pelaburan asing, dengan tumpuan kepada usaha uktuk menyalurkan lebih banyak pelaburan dalam sektor seperti pengilangan moden, teknologi tinggi serta perkhidmatan moden, selain memberi tumpuan kepada kawasan tengah, barat dan utara negara itu.

Negara itu juga akan menganjurkan aktiviti mempromosi pelaburan dengan kerjasama industri bagi menubuhkan platform pertukaran untuk syarikat multinasional dan temptan.

Walaupun wujud faktor luaran yang kompleks yang menjejaskan keyakinan pelabur asing, “penggunaan sepenuhnya oleh pelaburan asing China menyaksikan lonjakan besar tahun ini,” kata Meng.

Pelaburan langsung asing ke Tanah Besar China, berkembang 16.4 peratus tahun ke tahun kepada 892.74 bilion yuan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, demikian menurut data Kementerian Perdagangan pada Isnin.

Dalam nilai dolar US, kemasukan pelaburan meningkat 20.2 peratus tahun ke tahun kepada AS$138.41 bilion. – Bernama, 19 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen