KERAJAAN Laos dan syarikat elektrik yang relevan, merancang membelanjakan lebih AS$2 bilion untuk membangunkan projek tenaga angin di daerah Sepon, Wilayah Savannakhet, bagi memenuhi permintaan domestik serta eksport ke Vietnam.
Timbalan Menteri Perancangan dan Pelaburan Sathabandith Insisiengmay serta Savan Vayu Renewable Company dan LTM Lao Company, baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengkaji kemungkinan untuk melaksanakan projek tenaga angin di kawasan berkenaan.
Kilang tenaga angin itu dibangunkan dengan pemasangan kapasiti 1,200 megawatt, dengan anggaran kos pembinaan sebanyak AS$2.15 bilion, menurut media tempatan memetik Agensi Berita Vietnam (VNA).
Pembinaannya dijangkakan selesai pada akhir 2025.
Pemeterian MoU itu merupakan sebahagian daripada perancangan bersama vietnam pada 2016 dalam sektor tenaga. – Bernama, 19 September, 2022.
Komen