Jutaan penduduk Jepun diberi amaran berpindah


Beberapa kerosakan dilaporkan di Kyushu susulan Jepun dilanda taufan Nanmadol yang membawa angin kuat dan hujan lebat di selepas hujan lebat sepanjang malam. – Gambar EPA, 19 September,

JUTAAN penduduk di Jepun dikenakan arahan berpindah ke pusat perlindungan hari ini susulan taufan Nanmadol dijangka membawa angin kuat dan hujan lebat di barat daya negara itu selepas hujan lebat sepanjang malam.

Taufan kuat itu melanda petang semalam di sekitar bandar Kagoshima di barat daya wilayah Kyushu, dan menyebabkan pokok tumbang, tingkap pecah serta sungai hampir melimpah.

Stesen televisyen NHK berkata seorang terbunuh dan 50 yang lain cedera ketika taufan itu merentasi Kyushu.

Perdana Menteri Fumio Kishida yang dijadualkan menghadiri Perhimpunan Agung PBB hari ini, akan menangguhkan perjalanannya untuk memeriksa kerosakan akibat taufan.

Pihak berkuasa Agensi Meteorologi Jepun berkata di Miyazaki, hujan lebat mungkin berlaku 24 jam di sesetengah kawasan, dengan paras sungai yang tinggi.

“Tolong berhati-hati kemungkinan banjir dan tanah runtuh akan berlaku. Walau sedikit pun tambahan hujan boleh menyebabkan ia berlaku,” kata jurucakap kementerian tanah Yoshiyuki Toyoguchi.

Taufan itu melanda kawasan pantai dengan kelajuan 234km sejam, menyebabkan kemusnahan.

“Taufan sudah berlalu hari ini dan hujan serta angin mulai berkurangan,” kata pihak berkuasa.

“Tetapi bekalan elektrik di beberapa tempat di Saito masih terputus. Banjir juga melanda di beberapa kawasan.”

Amaran khas jarang berlaku di Kagoshima dan Miyazaki, hanya dikeluarkan ketika cuaca buruk yang melanda sesekali dalam tempoh beberapa dekad, diramalkan.

Tetapi amaran berpindah di beberapa peringkat masih dikekalkan terhadap 9.6 juta penduduk pada hari terakhir cuti hujung minggu di Jepun. – AFP, 19 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen