Pandemik Covid-19 di AS sudah berakhir, kata Biden


Presiden AS Joe Biden berkata pandemik Covid-19 di negara itu sudah berakhir. – Gambar AFP, 19 September, 2022.

PANDEMIK Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) sudah berakhir, kata presidennya Joe Biden.

Ia susulan kebanyakan sekatan bagi membendung jangkitan di negara itu telah dimansuhkan dan aktiviti rentas negara juga kini rancak seperti sebelum pandemik, jelas Biden ketika ditemu bual CBS dalam program berita 60 Minutes.

“Kalau anda lihat, semua orang tak pakai pelitup muka lagi. 

“Nampaknya semua orang dalam keadaan sihat. Saya rasa keadaan semakin baik,” katanya.

Biden berkata demikian beberapa minggu selepas pentadbirannya meminta Kongres memperuntukkan dana berbilion dolar bagi mengekalkan program saringan dan vaksin Covid-19 di AS. – AFP, 19 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen