TAUFAN Fiona melanda Puerto Rico semalam menyebabkan bekalan elektrik terputus, selain tanah runtuh bersama hujan lebat mengakibatkan beberapa kerosakan di kawasan wilayah jajahan Amerika Syarikat (AS) itu, sebelum ia beralih ke Republik Dominica.
Tanah runtuh, jalan terputus, pokok tumbang dan bekalan elektrik terganggu, selain jambatan runtuh di Utuado di tengah wilayah pergunungan antara kerosakan yang berlaku akibat Fiona, kata Gabenor Pedro Pierluisi.
Keseluruhan negara yang mempunyai populasi lebih tiga juta itu terputus bekalan elektrik, dengan Pierluisi melaporkan kerosakan sistem elektrik.
Walaupun kini taufan itu sudah berlalu dari pantai negara itu, hujan lebat dan banjir kilat dijangka berlaku di pulau berkenaan hari ini.
Fiona melanda di kawasan perhubungan Puerto Rico, timur dan selatan dengan membawa hujan 22-33cm dalam tempoh hanya lima jam.
Taufan itu juga menyebabkan 196,000 orang berdpean masalah air minum kerana bekalan elektrik terputus dan sungai melimpah, kata pihak berkuasa. – AFP, 19 September, 2022.
Komen